Catch the Killer (2026) Movie Script
[Cerita ini berlaku pada tahun 2007]
Sayang,
saya dah dengar jantung awak
berdegup dengan kencang.
[Catch The Killer]
Awak nak mati?
Awak abaikan orgnaisasi
dan tak berdisiplin!
Jika semua polis seperti awak,
semua jadi mengabaikan nyawa
diri sendiri dan langgar undang-undang.
Masuk!
Ketua Qiu.
Ada apa?
Seorang wanita muda menemui
beberapa bahagian mayat di tepi sungai.
Ini maklumatnya.
Wu Mi, apa yang Wu Mi makan?
Ini dilaporkan oleh cawangan Jiangqiao.
Pada waktu senja semalam,
dua bahagian mayat ditemui
dalam lingkungan 300 meter di tepi sungai.
Satu ditemui dan digigit oleh anjing
manakala satu lagi ditemui oleh orang
di bawah tiang jambatan.
Pagi ini
ada orang menemui lagi sebahagian mayat
di dalam tong sampah berdekatan.
Wajahnya dah tak dapat dikenal pasti.
Kes ini memberi kesan yang sangat besar.
Pemimpin bandar dan pemimpin biro
memberi perhatian yang amat serius.
Mereka hanya beri pasukan siasatan jenayah
kita tempoh seminggu.
Kita mesti menyelesaikan tugas ini.
Gambar ini menunjukkan
mangsa pakai cincin.
Ketua Qiu, apa kata forensik?
Adakah orang yang sama?
Ya.
Ada apa-apa petunjuk?
Satu-satunya petunjuk sekarang
ialah cincin pada jari mangsa.
Ia hanya sebentuk cincin platinum
yang biasa sahaja.
Ia terukir banyak tulisan padanya.
Z&X, ada corak di kedua-dua belah.
Ia diukir dengan teliti.
Tugas kita sekarang
adalah untuk mencari petunjuk.
Du Peng.
Awak pergi cari orang tua yang
buat laporan polis itu
dan tanya keadaan secara terperinci.
Ini alamatnya.
Baik.
Wu Di, awal pergi ke kedai barang kemas
untuk minta tunjuk ajar pakar.
Mula siasat daripada cincin ini
dan lihat kalau-kalau
terdapat petunjuk yang lebih lanjut.
Baik.
Bertindaklah.
Rupa-rupanya ialah Zhen.
Saya ingat Danian dah balik.
Budak ini dah dua hari tak balik rumah,
langsung tak buat
panggilan telefon rumah pun.
Zhen.
Zhen hubungi telefon bimbit Danian.
Baik, saya menelefon dia.
Helo, nombor yang anda
dail tak dapat dihubungi.
Puan, telefon Encik Zheng dimatikan.
Helo, siapa?
Xie Yu, saya mak ya.
Mak, kenapa?
Adakah Danian pernah pergi
ke tempat Xie Yu?
Dah lama dia tak hubungi saya.
Dah tiga hari dia tak balik rumah.
Telefon bimbit juga dimatikan.
Pernahkah awak menelefon syarikatnya?
Dah.
Orang di syarikat mengatakan bahawa
dia dah tak bekerja selama beberapa hari.
Baik, saya akan beritahu mak
jika dia hubungi saya.
Jaga diri, mak.
Baik, jumpa lagi.
Zhen, mari.
Awak pergi ke rumah Danian dengan segera.
Lihat jika dia ada di rumah.
Baiklah, saya pergi dulu.
Cepat pergi.
Baik.
Pemuda, siapa yang awak cari?
Hai, pak cik.
Saya daripada Biro Keselamatan Awam.
Biro Keselamatan Awam?
Saya yang buat laporan kes.
Adakah awak datang untuk memberi ganjaran?
Marilah.
Sila masuk.
Marilah, masuk.
Sila masuk.
Duduk.
Berhati-hati dengan kepala.
Mari duduk.
Mari, minum air dulu.
Tak payah, terima kasih.
Perkara ini
memang malang.
Biro Keselamatan Awam kamu
harus memuji
rakyat yang baik seperti saya.
Ya.
Pak cik,
siapa nama keluarga pak cik?
Nama keluarga saya Qian.
Seumur hidup saya kekurangan wang.
(Sebutan 'Qian' sama bunyi dengan 'wang')
Saya datang kali ini
untuk mengetahui keadaan yang berkaitan.
Awak bukan datang untuk menghantar wang?
Saya dah jelaskan keadaannya sebelum ini.
Keterangan lisan dah juga dirakamkan.
Masih perlu cakap apa lagi?
Pak cik,
saya tahu kehidupan pak cik agak sukar.
Wang ini sekadar sedikit tanda ikhlas
daripada saya secara peribadi.
Awak bukan datang untuk memberi ganjaran.
Saya tak boleh terima
wang peribadi awak ini.
Saya bukan pengemis. Simpan.
Simpan.
Sebenarnya awal-awalnya,
bukan saya yang menemui kes ini.
Zhao Shouku yang menemuinya.
Zhao Shouku?
Betul, Zhao Shouku.
Siapakah dia? Di manakah dia tinggal?
Tinggal di depan, sebelah saya.
Orang ini
tak melakukan apa-apa sepanjang hari.
Abang ipar dia mengusahakan
sebuah restoran.
Kadang-kadang dia pergi membantu.
Restoran?
Betul.
Pak cik, awak tahu di mana
restoran itu?
Nombor 188, Jalan Kaijiang Timur.
Restoran Permaisuri.
Restoran Permaisuri?
Betul.
Zhao Shouku ada di sini?
Zhao Shouku!
Apa yang awak boleh buat?
Dah begitu lama,
orang bodoh pun dah tahu!
Mak cik.
Maaf, nak tanya bahawa
mak cik tahu tak bagaimana
pergi ke Restoran Permaisuri?
Di depan saja, belok kanan.
Di depan, kan?
Terima kasih.
Sama-sama.
Awak bodoh!
Awak nak kerja atau tak?
Kalau awak tak nak kerja, berambus!
Saya tak mengupah orang yang tak berguna!
Encik, berapa orang?
Saya nak jumpa dengan bos restoran ini.
Saya bos.
Saya daripada
Pasukan Siasatan Jenayah Majlis Bandaraya.
Pergi bekerja.
Apakah hubungan awak dengan Zhao Shouku?
Dia adik ipar saya.
Di mana dia?
Dia baru datang dua hari lalu.
Dia kata nak balik kampung.
Bolehkah awak memberi saya
nombor telefonnya?
Dia kedekut.
Tak pernah menggunakan telefon bimbit.
Oh, begitu?
Beginilah.
Ini kad nama saya.
Jika dia datang lagi,
suruh dia menelefon saya.
Saya ingin jumpa dia
untuk memahami keadaan.
Tiada masalah.
Baiklah, terima kasih atas kerjasama awak.
Selamat tinggal.
Helo, awak di mana?
Polis dah tengah memerhatikan awak!
Saya beritahu awak,
jangan melibatkan saya jika ada masalah.
Saya mempunyai keluarga.
Awak sendiri cari tempat
untuk bersembunyi.
Baik, beginilah.
Inilah keadaannya.
Nampaknya Zhao Shouku
petunjuk yang penting.
Awak mesti mempercepat siasatan.
Mesti menangkap dia secepat mungkin.
Baik.
Entah bagaimana dengan siasatan Wu Di.
Saya tak pasti.
Rasanya tiada apa-apa perkembangan.
Apa yang boleh dilakukan
oleh seorang gadis?
Awak jangan sombong.
Awak pandang rendah terhadap gadis itu?
Tak.
Masuk!
Ketua Qiu.
Kamu berdua ada di sini.
Cepat, mari duduk.
Tuang air.
Cepat duduk.
Ada perkembangan baharu?
Saya dah pergi ke kedai barang kemas.
Kata pakar itu,
cincin itu dihasilkan khas.
Tulisan padanya sengaja diukir.
Besar kemungkinan ia
bermakna sebagai kenangan.
Terima kasih.
Terima kasih.
Ia begini...
Dua huruf Inggeris ini,
Z
Dan X
berkemungkinan besar mewakili
nama keluarga dua individu.
Apabila corak di kedua-dua belah
diterbalikkan, nampak macam 2 nombor 8.
Jika huruf Z dikira sebagai nama keluarga,
mungkin nama keluarga Zhang,
Zhang,
Zhu,
Zheng dan lain-lain.
X pula
mungkin Xie,
Xu,
Xiang.
Kedua-dua angka 8 di sisi itu
berkemungkinan besar merujuk
kepada tarikh, iaitu 8 Ogos 1988.
Kata-kata awak itu logik,
tapi tak boleh terus
buat kesimpulan disebabkan itu.
Awak buat apa?
Biarkan dia habis kata-katanya.
Jangan tergesa-gesa bercakap.
Begini.
Saya dah semak data komputer
Jabatan Pendaftaran Negara.
Pada 8 Ogos 1988,
terdapat sebanyak 365 pasangan
yang mendaftar perkahwinan
di bandar dan daerah seluruh negara.
Namun, selepas proses pengecualian,
hanya tinggal 3 pasangan
yang memenuhi syarat padanan.
Pasangan pertama nama keluarga Zhu dan Xu.
Yang kedua nama keluarga Zhang dan Xiang.
Yang ketiga nama keluarga Zheng dan Xie.
Bagi pasangan pertama, dua orang tua ini
berkahwin semula.
Lelaki itu dah meninggal dunia
5 tahun lalu.
Pasangan kedua ini pergi ke luar negara
bersama-sama
pada tahun mereka berkahwin
dan tak pernah balik.
Pasangan ketiga ini
dah bercerai pada tahun lepas.
Nama keluarga lelaki Zheng,
namanya Zheng Danian.
Nama keluarga perempuan ialah Xie,
namanya Xie Yu.
Saya rasa kedua-dua pasangan ini
boleh diketepikan sebagai suspek.
Pasangan ini paling mencurigakan.
Ada alamat kedua-dua orang ini?
Saya dah suruh Jabatan Pendaftaran
Isi Rumah untuk membuat semakan.
Baik, bertindak segera
selepas maklumat disemak.
Baik.
Saya tak nak ambil suntikan!
Dengar cakap, penyakit takkan sembuh
kalau tak ambil suntikan.
Dengar cakap, jangan menangis!
Saya tak nak!
Budak baik, lelaki sejati,
jangan menangis lagi.
Jangan menangis.
Adik.
Cao dengar cakap,
bagaimana boleh sembuh tanpa suntikan?
Adik, jangan menangis lagi.
Mak cik tak menyuntik awak.
Mak cik hanya sapu perlahan
dekat punggung awak.
Penyakit awak akan sembuh, boleh?
Jangan takut, mak cik tak tipu awak.
Tak menyuntik awak.
Selepas awak sembuh,
baru awak boleh
bermain dengan kanak-kanak lain.
Baik tak?
Saya tak nak...
Adik ini
ialah budak yang
paling baik yang saya jumpa.
Sangat baik.
Dah siap!
Dah siap.
Tak sakit sama sekali, kan?
Budak baik.
Selepas pulang,
biar dia banyak minum air dan
makan ubat tepat pada masanya.
Demam dia akan kebah tak lama lagi.
Baik, mari.
Boleh pulang dengan ibu.
Mari, ucapkan selamat tinggal
kepada doktor.
Selamat tinggal.
Terima kasih, doktor.
Sama-sama.
Dr. Su, terima kasih.
Sama-sama, ini apa yang saya patut buat.
Dr. Gao, ada panggilan telefon!
Helo.
Awak Dr. Gao?
Ya, saya Dr. Gao. Awak siapa?
Identiti saya tak penting.
Yang penting,
malam itu saya nampak awak buang sesuatu.
Apa maksud awak?
Tiada apa-apa.
Saya hanya ada satu permintaan kecil.
Saya takkan bersetuju
dengan apa-apa syarat awak.
Jangan cakap macam itu awal-awal lagi.
Lebih baik awak sediakan 30,000 yuan.
Esok pukul 6 pagi,
letakkan wang ke dalam
tong sampah di Jalan Chaohui.
Saya perlu mengingatkan awak.
Jangan lupa.
Kalau awak buat laporan polis,
awak akan memudaratkan sendiri.
Siapa?
Siapa yang kamu cari?
Apa khabar mak cik, adakah ini
rumah Zheng Danian?
Ya.
Danian ialah anak saya.
Kenapa kamu cari dia?
Ya.
Sila masuk.
Sila duduk.
Terima kasih.
Apa khabar, mak ciK?
Kami dari Biro Keselamatan Awam.
Biro Keselamatan Awam?
Kenapa Biro Keselamatan Awam cari Danian?
Adakah sesuatu berlaku pada Danian?
Mak cik, jangan risau.
Kami hanya datang untuk memahami keadaan.
Ya, di mana anak awak?
Saya juga sedang mencari dia.
Dah tiga hari dia tak balik.
Namun, anak saya sangat taat.
Dia beli sebuah vila untuk saya.
Namun, saya rasa tempat itu terlalu sunyi
jadi tidak tinggal di sana.
Lebih baik tinggal di rumah lama ini.
Saya dah biasa.
Dia akan datang melawat saya setiap hari.
Namun, kebelakangan ini tak tahu kenapa
dia dah tiga hari tak datang.
Tak dapat menghubungi dia.
Semalam,
saya panggil pembantu rumah
pergi ke vila dia untuk mencari dia.
Namun, pembantu rumah masih belum balik.
Saya sangat gelisah.
Di mana anak awak tinggal?
Kami pergi tengok.
No. 177, Keluarga Terkenal Jalan Zizhu.
Wu Di, awak pergi tengok.
Baik.
Tumpang tanya,
pernahkah awak melihat cincin seperti ini?
Ini cincin perkahwinan anak saya.
Kenapa ada di tangan kamu?
Adakah Danian...
Dr. Su, bagaimana keadaan pesakit?
Keadaan dia dah stabil.
Disebabkan puan terlalu tua,
selepas mengalami sedikit rangsangan,
jantung dan tekanan darah dia ada masalah.
Ketua Qiu.
Awak... awak ialah Su Meiyan?
Ya.
Awak ialah?
Kita pernah belajar di sekolah yang sama.
Awak dari Kelas 3 Tingkatan 3.
Saya dari Kelas 3 Tingkatan 2.
Awak ialah gadis tercantik di sekolah.
Sudah tentu kami kenal awak.
Ini kad nama saya.
Nama saya Du Peng.
Helo, Pegawai Du.
Helo.
Oh, ini Ketua Qiu.
Ketua yang terkenal di biro kami.
Ketua Qiu, helo.
Helo.
Maaf.
Tak apa.
Panggilan telefon daripada Wu Di.
Peti keselamatan rumah Zheng Danian
telah dicuri.
Pembantu rumah dia paling disyaki.
Wu Di telah mendapatkan maklumat daripada
pasaran pembantu rumah.
Nama pembantu rumah itu Li Lizhen.
Alamat kampung halamannya sudah disiasat
dengan jelas.
Awak cepat pergi bantu Wu Di.
Ya.
Baik.
Wu Di, saya rasa ini jelas
pembunuhan demi merampas wang.
Sekarang, cari pembantu rumah
pun perlu berhati-hati.
Du Peng, Wu Di.
Ya, Ketua Qiu.
Ya, Ketua Qiu, kenapa?
Saya telah menghubungi
balai polis tempatan.
Nanti ada orang datang bantu kamu.
Baik.
Saya juga tahu suami pembantu rumah
bernama Zhou Dajin.
Dia buka gerai daging di pasar tani.
Kamu bertindak secara berasingan
selepas tiba
dan tangkap kedua-dua suami isteri.
Faham.
Du Peng.
Kamu ialah?
Kami dihantar oleh Ketua Qiu.
Di mana Zhou Dajin?
Lihat, gerai kedua di sebelah itu.
Kejar!
Zhou Dajin, jangan lari!
Zhou Dajin, jangan lari!
Cepatnya awak lari.
Bawa dia pergi.
Awak Wu Di?
Ya.
Kami dihantar oleh Ketua Qiu untuk
menunggu awak di sini.
Baik.
Awak Li Lizhen?
Li Lizhen.
Ya.
Sebelum awak pulang ke rumah,
apa barang yang awak curi
di rumah Zheng Danian?
Jika awak enggan beritahu kami,
kami memang mempunyai alasan
untuk menahan awak.
Malah awak turut
menjadi suspek dalam kematian Zheng Danian.
Dia benar-benar mati?
Kematiannya tiada kaitan dengan saya.
Jadi, apa yang berkaitan dengan awak?
Zheng Danian ialah lelaki yang miang.
Suatu pagi,
saya mengemas biliknya.
Dia baru bangun.
Encik Zheng.
Akhirnya, dia beri saya 500 yuan
dan menghalau saya seperti
menghalau pelacur.
Jadi kenapa awak tak buat laporan polis
pada masa itu?
Saya takut.
Takut apa?
Saya takut jika suami saya tahu,
saya malu untuk jumpa dengan dia.
Sebelum awak pergi,
awak mengambil sejumlah wang
daripada Zheng Danian, kan?
Dia boleh menghabiskan banyak wang
untuk wanita lain,
dia juga harus memberikan pampasan
kepada saya.
Apa maksud awak?
Zheng Danian ialah seorang samseng
dan seorang lelaki miang.
Dia meniduri ramai wanita
di atas katil itu.
Bagaimana awak tahu?
Saya melihatnya dengan mata saya sendiri.
Mungkin
salah seorang wanita yang membunuhnya.
Kenapa awak lari?
Cakap, apa yang awak buat?
Kamu dah lihat pun semua yang saya buat.
Saya tak ada apa-apa nak cakap lagi.
Asyik tanya soalan yang sama saja.
Kenapa awak membunuh Zheng Danian?
Jika wanita awak ditiduri,
saya rasa awak juga akan buat begitu.
Melainkan awak bukan lelaki sejati.
Beritahu saya luka pada muka awak.
Bagaimana ia terjadi?
Lelaki semuanya jahat.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Selepas dia tahu saya
ditiduri oleh Zheng Danian,
dia membenci saya.
Bagaimana dia tahu?
Dia mahu
bersetubuh dengan saya
tetapi saya enggan.
Kemudian dia mengesyaki saya.
Dia seterusnya mendapati luka
pada badan saya
dan terus memaksa saya
sehingga saya terpaksa beritahu dia.
Selepas itu, bukan nak tenangkan saya,
dia hina saya wanita keji,
malah cakap mesti membunuh Zheng Danian.
Awak lihat sendiri.
Tuhan ada mata.
Ini balasan.
Padan muka dia.
Namun sayangnya.
Apa yang sayangnya?
Sayang sekali,
bukan saya yang bunuh dia.
Maksud awak,
Zheng Danian bukan awak yang bunuh?
Sesiapa pun sama.
Pendek kata, orang ini patut mati.
Kemudian,
adakah Zheng Danian terus menghina awak...
Ini kerana saya mahu terus bekerja
di rumahnya.
Puan sangat baik.
Gaji juga agak tinggi.
Idea siapa untuk mencuri
peti keselamatan Zheng Danian?
Saya.
Apabila kami membuka peti keselamatan,
terdapat 20,000 yuan saja.
Saya ambil kepada suami saya.
Dia masih tidak puas hati.
Dia pukul saya selepas balik rumah.
Lihatlah dia memukul saya.
Dia juga cakap saya menjual diri
dengan murah.
Zhou Dajin.
Jangan nafikan lagi.
Ini tidak memanfaatkan awak.
Saya beritahu awak,
awak mempunyai motif dan masa
untuk melakukan jenayah.
Awak cepat terangkan.
Betul awak cakap, tapi separuh saja.
Saya teringin nak bunuh dia
tapi memang bukan saya yang bunuh dia.
Zhou Dajin, dengar sini.
Jangan berputar belit dengan saya lagi.
Ini tidak memanfaatkan awak.
Saya beritahu awak, pegawai.
Saya memang tak bunuh dia.
Saya tidak peduli dan tidak mahu peduli
siapa yang bunuh dia.
Itu hal kamu.
Namun, saya boleh nampak
pembunuh ini lebih pandai
menggunakan pisau daripada saya.
Dia seorang pakar.
Apa maksud awak?
Walaupun saya hanya seorang
penyembelih khinzir
dan hanya tahu memegang pisau besar,
saya dapat melihat pembunuh ini
lebih pandai menggunakan pisau kecil
daripada saya.
Guna pisau yang begitu kecil,
potong macam ini.
Pisau kecil?
Pisau seni, pisau bedah.
Saya rasa mereka berdua bukan pembunuh.
Tiada bukti dan motif yang mencukupi.
Wu Di.
Esok pagi
awak pergi cari
bekas isteri Zheng Danian, Xie Yu
dan mencari petunjuk lagi.
Baik.
Du Peng.
Awak mesti cari Zhao Shouku
secepat mungkin.
Saya rasa orang ini masih ada masalah.
Jika tidak, dia takkan hilang.
Baiklah, saya faham.
Dia terus tertidur begitu saja.
Dia tersenyum sendiri selepas bangun.
Jangan risau, dia akan sembuh.
Harap-harap.
Baoyan, nakal lagi.
Main-main dengan gincu pada muka, kan?
Kalau awak main-main dengan gincu lagi,
kakak tidak akan suka awak lagi.
Helo, siapa awak?
Dr. Gao?
Tunggu sebentar.
Kenapa awak lagi?
Apa yang awak nak buat sebenarnya?
Cakap dengan jujur.
Saya...
Polis dah sasarkan saya.
Saya memerlukan 10 juta yuan
untuk melarikan diri.
Baik.
Di mana?
Esok pagi.
Tempat yang sama.
Baik.
Masa terlalu singkat.
Tidak mudah untuk mendapatkan
begitu banyak wang.
Beginilah.
Ikut saya ke restoran kawan saya
untuk mendapatkan wang.
Selamat jalan.
Terima kasih.
Helo, Ketua Qiu, ini saya.
Bagaimana keadaan awak?
Begini.
Forensik telah menelefon saya pagi tadi.
Katanya laporan ujian rambut
yang saya temui
di rumah si mati, Zheng Danian dah keluar.
DNA dia dan ketulan mayat sepadan.
Ia boleh membuktikan bahawa
si mati ialah Zheng Danian.
Adakah terdapat petunjuk lain?
Selain itu,
mereka juga memeriksa rambut yang disyaki
milik lebih daripada seorang wanita.
Oh ya, Ketua Qiu.
Saya dapatkan maklumat daripada
bekas isteri si mati, Xie Yu
bahawa kehidupan Zheng Danian
memang tidak senonoh.
Baiklah, awak segera kembali ke biro.
Baik, saya balik sekarang.
Encik, selamat datang.
Maaf kerana lewat.
Tak apa.
Kenapa? Walaupun hari ini hari Ahad,
Pegawai Du masih begitu sibuk.
Tidak sibuk.
Saya mula menyiasat penjenayah
sejak bangun awal pagi.
Awak dah tangkap dia?
Sudah tentu tidak.
Saya takkan duduk di sini
jika telah tangkap.
Namun, saya percaya
ia akan berlaku lambat-laun.
Kami akan menangkap
penjenayah tak lama lagi.
Pegawai Du memang hebat.
Bertindak dengan begitu cekap.
Terima kasih atas pujian.
Awak suka minum
kopi Jamaica Blue Mountain?
Ini kegemaran saya.
Oh ya.
Saya ajak Pegawai Du datang ke sini
hari ini kerana saya ingin meminta bantuan.
Cakap, apa hal?
Begini.
[Kedai Kopi Dior]
Seorang rakan lama saya telah pergi ke
luar negara selama bertahun-tahun
dan telah mendapat kad hijau Amerika.
Kali ini dia pulang ke negara,
ingin memohon kad pengenalan baru
dan pendaftaran isi rumah.
Dia tanya saya bagaimana,
saya tiba-tiba teringat awak.
Bolehkah Pegawai Du membantu?
Hanya perkara ini?
Bolehkah Pegawai Du membantu?
Tentulah.
Sangat sudi berkhidmat untuk
gadis tercantik sekolah kita.
Walaupun perkara ini bukan di bawah
pasukan penyiasatan jenayah kami,
saya ada kawan yang boleh membantu awak.
Jadi tiada masalah.
Jadi, saya telah jumpa orang yang betul.
Sama-sama. Saya yang wajib tolong.
Oh ya, nak pesan apa?
Pelayan.
Tolong!
Pegawai Du,
bagaimana perkembangan kes kamu itu?
Agak sukar juga,
tapi
petunjuk dah mula muncul
sedikit demi sedikit.
Saya rasa suspek itu
kemungkinan besar rakan sejawatan awak.
Mari.
Terima kasih.
Saya bergurau saja.
Maaf, saya tersedak.
Maaf.
Helo.
Apa?
Macam mana dia mati?
Baik,
saya akan datang segera.
Maaf, saya perlu pergi.
Mereka tak cekap.
Beginilah,
lain kali biar saya belanja awak.
Saya pergi dulu.
Jangan risau,
saya akan uruskan hal kawan awak itu.
Terima kasih.
Macam mana dengan siasatan
di tempat kejadian?
Adakah itu kes bunuh atau bunuh diri?
Awak ini berhati-hati.
Kenapa? Apa maksudnya?
Apa maksudnya?
Awak tak faham maksudnya?
Ketua Qiu.
Saya suruh awak cari Zhao Shouku,
awak dah cari betul-betul atau belum?
Sekarang dia dah mati,
nak buat macam mana lagi?
Saya...
Beritahu saya, ke mana awak pergi?
Pergi dari sini. Berambus!
Ketua Qiu.
Dahlah!
Du Peng!
Biar dia pergi!
Wu Di!
Pergi cepat ke sana dan
halang si gemuk itu, cepat!
Adakah adik ipar saya ditimpa masalah?
Macam mana awak tahu? Cakap!
Kalau dia tak ditimpa masalah,
kamu takkan datang cari saya.
Kalau begitu, cepat beritahu kami!
Cakap!
Saya akan beritahu kamu!
Dia itu lambat-laun
memang akan ditimpa masalah.
Beberapa hari lepas,
dia datang jumpa saya.
Katanya ada peluang yang cepat jadi kaya.
Dia tanya saya sama ada
saya nak ikut atau tak.
Saya pun tanya dia itu peluang apa.
Dia cakap saya kena jumpa seseorang.
Orang itu akan bagi dia sejumlah duit.
Apabila saya dengar, saya terus tahu,
ini mesti satu penipuan.
Kalau tak, mana ada orang
sanggup bagi duit begitu saja?
Namun, saya pun fikir,
takkan nak lepaskan peluang itu.
Tiga puluh ribu yuan itu.
Jadi, saya pun tolong dia ambil.
Awak masih ingat tak rupa orang
yang bagi awak duit itu?
Jauh-jauh saja nampak,
mana boleh ingat rupanya?
Awak nak saya tolong awak fikir?
Tak perlu.
Saya dah ingat.
Ingatan saya memang kuat.
Dia jadi abu pun saya tetap kenal.
Kan lebih baik kalau awak
cakap lebih awal tadi? Bangun!
Turunkan tangan!
Awak tengok betul-betul.
Sekiranya awak tak tengok dengan teliti,
berhati-hati, saya takkan berlembut!
Awak masih ingat tak bentuk muka
orang itu?
Bukan... bukan bentuk muka macam ini.
Bukan ini juga.
Matanya nampak macam mana?
Saya tak nampak dengan jelas.
Helo, ya, saya.
Apa?
Puan Wang dah sedar?
Baiklah.
Du Peng!
Wu Di,
awak pergi ke hospital tengok-tengok
dan tanya sikit tentang keadaan Puan Wang.
Ya.
Puan dah datang.
Adakah puan dah rasa lebih sihat?
Boleh tahan.
Puan,
tolonglah balas dendam
untuk anak lelaki saya.
Anak saya memang seorang yang baik.
Dia sangat taat terhadap saya
dan sentiasa mengerjakan perkara baik.
Dia pernah menderma banyak wang
kepada badan-badan kebajikan.
[Sekolah Rendah Menerima
Sumbangan 100 Komputer Baharu]
[Disumbangkan atas Nama Peribadi
oleh Usahawan Terkenal, Zheng Danian]
Saya betul-betul tak faham.
Kenapa orang baik tak dibalas dengan baik?
Jangan risau, puan.
Kami pasti akan tangkap pembunuh itu.
Mak Cik Wang perlu makan ubat sekarang.
Baiklah, puan, tolong berehat
dan jaga kesihatan elok-elok.
Saya pergi dulu.
Terima kasih.
Saya rasa
suspek itu kemungkinan besar
rakan sebidang awak.
Si mati bernama Zheng Danian.
Pemotong, pisau bedah dan sebagainya,
semuanya pisau kecil.
Awak nak pergi ke mana?
[Pejabat Ketua Unit Siasatan Jenayah]
Ketua Qiu.
Wang Qin dah hampir sembuh sepenuhnya.
Kenapa dengan Du Peng?
Dia itu...
Lebih kurang macam ini.
Macam mana matanya?
Matanya...
Mata...
Dia pakai cermin mata.
Dia ada misai tak?
Misai? Tak ada.
Tukar kepada rambut pendek
dan cermin mata berbentuk segi empat.
Dialah orang itu!
Ya, betul, dialah orang itu!
Kenapa awak lagi?
Awak nak buat apa sebenarnya?
Baiklah, saya cakap jujur... saya...
Polis dah memantau saya.
Saya benar-benar perlukan
100 ribu yuan untuk melarikan diri.
Masa terlalu singkat,
susah nak kumpul duit sebanyak itu.
Beginilah,
awak ikut saya ke restoran kawan saya,
kita ambil duit di sana.
Tolong!
Ayuh!
Malam itu saya nampak awak buang sesuatu.
Lebih baik awak sediakan
30 ribu yuan saja.
Kalau awak buat laporan polis,
itu sama saja macam
menyerah diri kepada polis.
Tak apa,
takkan ada orang berani menyakiti awak.
Walaupun saya mati,
saya akan melindungi awak seumur hidup.
Saya yang bunuh Zheng Danian.
Dia seorang samseng.
Ada seorang lagi yang memeras wang saya,
dia pun saya bunuh.
Gao Xiong.
Gao Xiong ialah
tulang belakang hospital kami.
Dah bertahun-tahun dia
melakukan pembedahan patologi.
Jadi, semasa dia bekerja hari ini,
ada tak apa-apa kelakuan yang luar biasa?
Saya dah tanya, sama seperti biasa.
Sangat normal.
Ketua Qiu, ini laporan kematian Gao Xiong.
Keputusannya menunjukkan bahawa dia
mati akibat serangan jantung,
tapi puncanya kerana dia
terlebih dahulu mengambil anestetik SKR.
SKR?
Ini sejenis bahan anestetik
yang sangat khas.
Ia tergolong dalam
ubat kawalan kelas A negara kita
dan biasanya digunakan
dalam pembedahan jantung.
Jika orang yang sihat
menggunakannya dalam dos yang tinggi,
mereka boleh sesak nafas
dalam 6 hingga 7 jam.
Bagi pesakit jantung pula,
ia boleh menyebabkan
serangan jantung dan kematian.
Ubat ini tak dijual dalam pasaran luar.
Maksudnya,
kematian dia sama seperti
kematian Zhao Shouku.
Dengan kata lain,
kedua-duanya dibunuh oleh orang yang sama.
Oh ya, Ketua Qiu.
Sebelum ini,
semasa saya datang ke hospital,
saya nampak
Gao Xiong dan seorang doktor perempuan
yang cantik macam sedang bertengkar.
Bertengkar?
Biasanya, di hospital,
Gao Xiong paling rapat
dengan doktor perempuan yang mana?
Dia paling rapat dengan Dr. Su.
Mereka sedang bercinta.
Dengar khabar,
mereka akan berkahwin pada bulan depan.
Su Meiyan?
Ya.
Ketua Qiu.
Tadi saya pergi ke rumah Su Meiyan,
tapi dia tak ada di rumah.
Saya nampak adik perempuannya.
Adiknya, Su Baoyan
nampak macam terganggu emosi.
Dia asyik menyebut nama Zheng Danian.
Cepat, ikut saya!
Tengok.
Baoyan memang cantik.
Mari, biar kakak menyikat rambut awak.
Baoyan.
Baoyan.
Adik baik, mari.
Dengar cakap kakak.
Mari.
Minumlah.
Apa lagi yang kamu tak faham?
Kenapa awak membunuh Zheng Danian?
Saya tak membunuh Zheng Danian.
Tolong... lepaskan saya!
Lepaskan saya!
Baoyan... Yan...
Yan... Yan rasa macam mana?
Yan!
Masa itu dia terus jadi gila.
Saya boleh buat apa?
Dia baru berusia 21 tahun.
Saya boleh buat apa?
Saya pergi buat laporan polis.
Buat... buat panggilan.
Tak.
Kalau begitu, masa depannya akan musnah.
Saya tak boleh pergi.
Saya hanya mampu gunakan
segala yang saya ada
sebagai kakak untuk melindungi dia.
Jadi, awak pun terfikir tentang Gao Xiong.
Awak mempergunakan
perasaan cintanya terhadap awak
untuk membantu awak menyelesaikan masalah.
Gao Xiong!
Cepat datang, cepat...
Saya percaya Gao Xiong buat semua itu
semata-mata kerana dia cinta akan awak.
Namun, bukankah cara awak buat ini agak...
Awak nak kata saya terlalu keji?
Antara saya dengan Gao Xiong,
itu cinta yang tulus.
Cuma saya tak sangka,
apa yang dia sanggup buat untuk saya jauh
lebih daripada apa yang saya harapkan.
Sebenarnya pertengkaran
antara kamu itu pasal apa?
Zhao Shouku
berulang kali mengugut Gao Xiong.
Dalam keadaan terdesak,
Gao Xiong terpaksa membunuhnya.
Selepas itu,
dia hidup dalam ketakutan setiap hari,
sentiasa gelisah dan tak tenang.
Akhirnya,
Gao Xiong
tak mampu menanggungnya lagi.
Meiyan,
mari kita lari.
Cepatlah lari.
Kita bawa sekali Baoyan, boleh tak?
Nak lari ke mana?
Mana yang paling selamat?
Janganlah rasa resah lagi, boleh tak?
Perkara lepas itu dah berlalu.
Dia nampak saya buang mayat itu.
Dua hari lepas, dia menghubungi saya
dan minta 30 ribu yuan.
Saya takut awak risau,
jadi saya tak berani beritahu awak.
Dia janji akan simpan rahsia itu.
Namun, semalam dia menghubungi saya lagi.
Katanya polis dah mengesyaki dia
dan dia minta 100 ribu yuan
untuk melarikan diri.
Orang itu memang tak guna.
Dia tak nak kita hidup dengan tenang.
Meiyan,
kali ini saya...
Saya benar-benar membunuh orang.
Saya telah memberinya SKR.
Kenapa...
Meiyan, saya tahu.
Saya tahu saya terlalu impulsif.
Saya terlalu impulsif!
Namun, dia tak pernah puas.
Sekarang kita patut buat apa?
Sekarang kita patut buat apa?
Meiyan.
Kenapa ini terjadi?
Meiyan, dengar cakap saya.
Jangan risau,
takkan ada orang berani menyakiti awak.
Walaupun saya mati,
saya akan melindungi awak seumur hidup.
Jangan cakap begitu.
Awak takkan ditimpa masalah.
Saya juga takkan ditimpa masalah.
Kita semua takkan ditimpa masalah!
Tak apa.
Pernahkah awak mencintai dia sebelum ini?
Selepas ibu bapa saya meninggal dunia,
di dunia ini
hanya tinggal Gao Xiong seorang...
Hanya dia yang menjaga saya dan adik saya.
Dia seperti rama-rama
yang terbang menuju api.
Cinta saya terhadapnya
Hanya dapat saya balas
dalam kehidupan yang seterusnya.
Adakah awak menyesal dengan
apa yang awak buat?
Saya memang tak sangka
Saya cuma nak melindungi adik saya.
Namun, orang yang akhirnya
mencederakan dia ialah saya sendiri.
Orang yang memusnahkan Gao Xiong pun saya.
Saya tak mahu buat semua ini.
Saya salah.
Adik,
saya tak nak tinggalkan
awak seorang di dunia ini.
Namun, kakak salah, maafkan saya.
Maafkan saya.
Sekiranya awak melaporkan keadaan ini
kepada kami dengan segera,
takkan ada pengakhiran sekarang.
Saya juga mahu begini.
Du Peng.
Saya hanya boleh minta maaf
atas segala yang telah saya
lakukan terhadap awak.
Kita rakan sekelas dulu,
saya ada satu permintaan kecil.
Saya minta tolong awak.
Tolonglah kuburkan saya bersama
adik saya dan Gao Xiong.
Dengan cara itu,
kami boleh bersama di dunia lain.
Saya pun boleh...
Boleh membalas jasanya.
Saya pun boleh...
Boleh menebus...
Menebus kesalahan saya terhadap mereka...
Menebus kesalahan saya terhadap mereka...
[Selepas usaha menyelamat, adik-beradik Su Meiyan berjaya diselamatkan. Su Meiyan telah
menerima hukuman undang-undang manakala Su Baoyan dihantar ke rumah kebajikan untuk dijaga.]
[Wayang ini mengajar kita bahawa apabila menghadapi masalah, kita mesti menyelesaikannya
melalui undang-undang. Jangan bertindak sesuka hati, nanti makin tenggelam dalam masalah.]
[Wayang ini didedikasikan untuk
memberi penghormatan kepada anggota polis]
Sayang,
saya dah dengar jantung awak
berdegup dengan kencang.
[Catch The Killer]
Awak nak mati?
Awak abaikan orgnaisasi
dan tak berdisiplin!
Jika semua polis seperti awak,
semua jadi mengabaikan nyawa
diri sendiri dan langgar undang-undang.
Masuk!
Ketua Qiu.
Ada apa?
Seorang wanita muda menemui
beberapa bahagian mayat di tepi sungai.
Ini maklumatnya.
Wu Mi, apa yang Wu Mi makan?
Ini dilaporkan oleh cawangan Jiangqiao.
Pada waktu senja semalam,
dua bahagian mayat ditemui
dalam lingkungan 300 meter di tepi sungai.
Satu ditemui dan digigit oleh anjing
manakala satu lagi ditemui oleh orang
di bawah tiang jambatan.
Pagi ini
ada orang menemui lagi sebahagian mayat
di dalam tong sampah berdekatan.
Wajahnya dah tak dapat dikenal pasti.
Kes ini memberi kesan yang sangat besar.
Pemimpin bandar dan pemimpin biro
memberi perhatian yang amat serius.
Mereka hanya beri pasukan siasatan jenayah
kita tempoh seminggu.
Kita mesti menyelesaikan tugas ini.
Gambar ini menunjukkan
mangsa pakai cincin.
Ketua Qiu, apa kata forensik?
Adakah orang yang sama?
Ya.
Ada apa-apa petunjuk?
Satu-satunya petunjuk sekarang
ialah cincin pada jari mangsa.
Ia hanya sebentuk cincin platinum
yang biasa sahaja.
Ia terukir banyak tulisan padanya.
Z&X, ada corak di kedua-dua belah.
Ia diukir dengan teliti.
Tugas kita sekarang
adalah untuk mencari petunjuk.
Du Peng.
Awak pergi cari orang tua yang
buat laporan polis itu
dan tanya keadaan secara terperinci.
Ini alamatnya.
Baik.
Wu Di, awal pergi ke kedai barang kemas
untuk minta tunjuk ajar pakar.
Mula siasat daripada cincin ini
dan lihat kalau-kalau
terdapat petunjuk yang lebih lanjut.
Baik.
Bertindaklah.
Rupa-rupanya ialah Zhen.
Saya ingat Danian dah balik.
Budak ini dah dua hari tak balik rumah,
langsung tak buat
panggilan telefon rumah pun.
Zhen.
Zhen hubungi telefon bimbit Danian.
Baik, saya menelefon dia.
Helo, nombor yang anda
dail tak dapat dihubungi.
Puan, telefon Encik Zheng dimatikan.
Helo, siapa?
Xie Yu, saya mak ya.
Mak, kenapa?
Adakah Danian pernah pergi
ke tempat Xie Yu?
Dah lama dia tak hubungi saya.
Dah tiga hari dia tak balik rumah.
Telefon bimbit juga dimatikan.
Pernahkah awak menelefon syarikatnya?
Dah.
Orang di syarikat mengatakan bahawa
dia dah tak bekerja selama beberapa hari.
Baik, saya akan beritahu mak
jika dia hubungi saya.
Jaga diri, mak.
Baik, jumpa lagi.
Zhen, mari.
Awak pergi ke rumah Danian dengan segera.
Lihat jika dia ada di rumah.
Baiklah, saya pergi dulu.
Cepat pergi.
Baik.
Pemuda, siapa yang awak cari?
Hai, pak cik.
Saya daripada Biro Keselamatan Awam.
Biro Keselamatan Awam?
Saya yang buat laporan kes.
Adakah awak datang untuk memberi ganjaran?
Marilah.
Sila masuk.
Marilah, masuk.
Sila masuk.
Duduk.
Berhati-hati dengan kepala.
Mari duduk.
Mari, minum air dulu.
Tak payah, terima kasih.
Perkara ini
memang malang.
Biro Keselamatan Awam kamu
harus memuji
rakyat yang baik seperti saya.
Ya.
Pak cik,
siapa nama keluarga pak cik?
Nama keluarga saya Qian.
Seumur hidup saya kekurangan wang.
(Sebutan 'Qian' sama bunyi dengan 'wang')
Saya datang kali ini
untuk mengetahui keadaan yang berkaitan.
Awak bukan datang untuk menghantar wang?
Saya dah jelaskan keadaannya sebelum ini.
Keterangan lisan dah juga dirakamkan.
Masih perlu cakap apa lagi?
Pak cik,
saya tahu kehidupan pak cik agak sukar.
Wang ini sekadar sedikit tanda ikhlas
daripada saya secara peribadi.
Awak bukan datang untuk memberi ganjaran.
Saya tak boleh terima
wang peribadi awak ini.
Saya bukan pengemis. Simpan.
Simpan.
Sebenarnya awal-awalnya,
bukan saya yang menemui kes ini.
Zhao Shouku yang menemuinya.
Zhao Shouku?
Betul, Zhao Shouku.
Siapakah dia? Di manakah dia tinggal?
Tinggal di depan, sebelah saya.
Orang ini
tak melakukan apa-apa sepanjang hari.
Abang ipar dia mengusahakan
sebuah restoran.
Kadang-kadang dia pergi membantu.
Restoran?
Betul.
Pak cik, awak tahu di mana
restoran itu?
Nombor 188, Jalan Kaijiang Timur.
Restoran Permaisuri.
Restoran Permaisuri?
Betul.
Zhao Shouku ada di sini?
Zhao Shouku!
Apa yang awak boleh buat?
Dah begitu lama,
orang bodoh pun dah tahu!
Mak cik.
Maaf, nak tanya bahawa
mak cik tahu tak bagaimana
pergi ke Restoran Permaisuri?
Di depan saja, belok kanan.
Di depan, kan?
Terima kasih.
Sama-sama.
Awak bodoh!
Awak nak kerja atau tak?
Kalau awak tak nak kerja, berambus!
Saya tak mengupah orang yang tak berguna!
Encik, berapa orang?
Saya nak jumpa dengan bos restoran ini.
Saya bos.
Saya daripada
Pasukan Siasatan Jenayah Majlis Bandaraya.
Pergi bekerja.
Apakah hubungan awak dengan Zhao Shouku?
Dia adik ipar saya.
Di mana dia?
Dia baru datang dua hari lalu.
Dia kata nak balik kampung.
Bolehkah awak memberi saya
nombor telefonnya?
Dia kedekut.
Tak pernah menggunakan telefon bimbit.
Oh, begitu?
Beginilah.
Ini kad nama saya.
Jika dia datang lagi,
suruh dia menelefon saya.
Saya ingin jumpa dia
untuk memahami keadaan.
Tiada masalah.
Baiklah, terima kasih atas kerjasama awak.
Selamat tinggal.
Helo, awak di mana?
Polis dah tengah memerhatikan awak!
Saya beritahu awak,
jangan melibatkan saya jika ada masalah.
Saya mempunyai keluarga.
Awak sendiri cari tempat
untuk bersembunyi.
Baik, beginilah.
Inilah keadaannya.
Nampaknya Zhao Shouku
petunjuk yang penting.
Awak mesti mempercepat siasatan.
Mesti menangkap dia secepat mungkin.
Baik.
Entah bagaimana dengan siasatan Wu Di.
Saya tak pasti.
Rasanya tiada apa-apa perkembangan.
Apa yang boleh dilakukan
oleh seorang gadis?
Awak jangan sombong.
Awak pandang rendah terhadap gadis itu?
Tak.
Masuk!
Ketua Qiu.
Kamu berdua ada di sini.
Cepat, mari duduk.
Tuang air.
Cepat duduk.
Ada perkembangan baharu?
Saya dah pergi ke kedai barang kemas.
Kata pakar itu,
cincin itu dihasilkan khas.
Tulisan padanya sengaja diukir.
Besar kemungkinan ia
bermakna sebagai kenangan.
Terima kasih.
Terima kasih.
Ia begini...
Dua huruf Inggeris ini,
Z
Dan X
berkemungkinan besar mewakili
nama keluarga dua individu.
Apabila corak di kedua-dua belah
diterbalikkan, nampak macam 2 nombor 8.
Jika huruf Z dikira sebagai nama keluarga,
mungkin nama keluarga Zhang,
Zhang,
Zhu,
Zheng dan lain-lain.
X pula
mungkin Xie,
Xu,
Xiang.
Kedua-dua angka 8 di sisi itu
berkemungkinan besar merujuk
kepada tarikh, iaitu 8 Ogos 1988.
Kata-kata awak itu logik,
tapi tak boleh terus
buat kesimpulan disebabkan itu.
Awak buat apa?
Biarkan dia habis kata-katanya.
Jangan tergesa-gesa bercakap.
Begini.
Saya dah semak data komputer
Jabatan Pendaftaran Negara.
Pada 8 Ogos 1988,
terdapat sebanyak 365 pasangan
yang mendaftar perkahwinan
di bandar dan daerah seluruh negara.
Namun, selepas proses pengecualian,
hanya tinggal 3 pasangan
yang memenuhi syarat padanan.
Pasangan pertama nama keluarga Zhu dan Xu.
Yang kedua nama keluarga Zhang dan Xiang.
Yang ketiga nama keluarga Zheng dan Xie.
Bagi pasangan pertama, dua orang tua ini
berkahwin semula.
Lelaki itu dah meninggal dunia
5 tahun lalu.
Pasangan kedua ini pergi ke luar negara
bersama-sama
pada tahun mereka berkahwin
dan tak pernah balik.
Pasangan ketiga ini
dah bercerai pada tahun lepas.
Nama keluarga lelaki Zheng,
namanya Zheng Danian.
Nama keluarga perempuan ialah Xie,
namanya Xie Yu.
Saya rasa kedua-dua pasangan ini
boleh diketepikan sebagai suspek.
Pasangan ini paling mencurigakan.
Ada alamat kedua-dua orang ini?
Saya dah suruh Jabatan Pendaftaran
Isi Rumah untuk membuat semakan.
Baik, bertindak segera
selepas maklumat disemak.
Baik.
Saya tak nak ambil suntikan!
Dengar cakap, penyakit takkan sembuh
kalau tak ambil suntikan.
Dengar cakap, jangan menangis!
Saya tak nak!
Budak baik, lelaki sejati,
jangan menangis lagi.
Jangan menangis.
Adik.
Cao dengar cakap,
bagaimana boleh sembuh tanpa suntikan?
Adik, jangan menangis lagi.
Mak cik tak menyuntik awak.
Mak cik hanya sapu perlahan
dekat punggung awak.
Penyakit awak akan sembuh, boleh?
Jangan takut, mak cik tak tipu awak.
Tak menyuntik awak.
Selepas awak sembuh,
baru awak boleh
bermain dengan kanak-kanak lain.
Baik tak?
Saya tak nak...
Adik ini
ialah budak yang
paling baik yang saya jumpa.
Sangat baik.
Dah siap!
Dah siap.
Tak sakit sama sekali, kan?
Budak baik.
Selepas pulang,
biar dia banyak minum air dan
makan ubat tepat pada masanya.
Demam dia akan kebah tak lama lagi.
Baik, mari.
Boleh pulang dengan ibu.
Mari, ucapkan selamat tinggal
kepada doktor.
Selamat tinggal.
Terima kasih, doktor.
Sama-sama.
Dr. Su, terima kasih.
Sama-sama, ini apa yang saya patut buat.
Dr. Gao, ada panggilan telefon!
Helo.
Awak Dr. Gao?
Ya, saya Dr. Gao. Awak siapa?
Identiti saya tak penting.
Yang penting,
malam itu saya nampak awak buang sesuatu.
Apa maksud awak?
Tiada apa-apa.
Saya hanya ada satu permintaan kecil.
Saya takkan bersetuju
dengan apa-apa syarat awak.
Jangan cakap macam itu awal-awal lagi.
Lebih baik awak sediakan 30,000 yuan.
Esok pukul 6 pagi,
letakkan wang ke dalam
tong sampah di Jalan Chaohui.
Saya perlu mengingatkan awak.
Jangan lupa.
Kalau awak buat laporan polis,
awak akan memudaratkan sendiri.
Siapa?
Siapa yang kamu cari?
Apa khabar mak cik, adakah ini
rumah Zheng Danian?
Ya.
Danian ialah anak saya.
Kenapa kamu cari dia?
Ya.
Sila masuk.
Sila duduk.
Terima kasih.
Apa khabar, mak ciK?
Kami dari Biro Keselamatan Awam.
Biro Keselamatan Awam?
Kenapa Biro Keselamatan Awam cari Danian?
Adakah sesuatu berlaku pada Danian?
Mak cik, jangan risau.
Kami hanya datang untuk memahami keadaan.
Ya, di mana anak awak?
Saya juga sedang mencari dia.
Dah tiga hari dia tak balik.
Namun, anak saya sangat taat.
Dia beli sebuah vila untuk saya.
Namun, saya rasa tempat itu terlalu sunyi
jadi tidak tinggal di sana.
Lebih baik tinggal di rumah lama ini.
Saya dah biasa.
Dia akan datang melawat saya setiap hari.
Namun, kebelakangan ini tak tahu kenapa
dia dah tiga hari tak datang.
Tak dapat menghubungi dia.
Semalam,
saya panggil pembantu rumah
pergi ke vila dia untuk mencari dia.
Namun, pembantu rumah masih belum balik.
Saya sangat gelisah.
Di mana anak awak tinggal?
Kami pergi tengok.
No. 177, Keluarga Terkenal Jalan Zizhu.
Wu Di, awak pergi tengok.
Baik.
Tumpang tanya,
pernahkah awak melihat cincin seperti ini?
Ini cincin perkahwinan anak saya.
Kenapa ada di tangan kamu?
Adakah Danian...
Dr. Su, bagaimana keadaan pesakit?
Keadaan dia dah stabil.
Disebabkan puan terlalu tua,
selepas mengalami sedikit rangsangan,
jantung dan tekanan darah dia ada masalah.
Ketua Qiu.
Awak... awak ialah Su Meiyan?
Ya.
Awak ialah?
Kita pernah belajar di sekolah yang sama.
Awak dari Kelas 3 Tingkatan 3.
Saya dari Kelas 3 Tingkatan 2.
Awak ialah gadis tercantik di sekolah.
Sudah tentu kami kenal awak.
Ini kad nama saya.
Nama saya Du Peng.
Helo, Pegawai Du.
Helo.
Oh, ini Ketua Qiu.
Ketua yang terkenal di biro kami.
Ketua Qiu, helo.
Helo.
Maaf.
Tak apa.
Panggilan telefon daripada Wu Di.
Peti keselamatan rumah Zheng Danian
telah dicuri.
Pembantu rumah dia paling disyaki.
Wu Di telah mendapatkan maklumat daripada
pasaran pembantu rumah.
Nama pembantu rumah itu Li Lizhen.
Alamat kampung halamannya sudah disiasat
dengan jelas.
Awak cepat pergi bantu Wu Di.
Ya.
Baik.
Wu Di, saya rasa ini jelas
pembunuhan demi merampas wang.
Sekarang, cari pembantu rumah
pun perlu berhati-hati.
Du Peng, Wu Di.
Ya, Ketua Qiu.
Ya, Ketua Qiu, kenapa?
Saya telah menghubungi
balai polis tempatan.
Nanti ada orang datang bantu kamu.
Baik.
Saya juga tahu suami pembantu rumah
bernama Zhou Dajin.
Dia buka gerai daging di pasar tani.
Kamu bertindak secara berasingan
selepas tiba
dan tangkap kedua-dua suami isteri.
Faham.
Du Peng.
Kamu ialah?
Kami dihantar oleh Ketua Qiu.
Di mana Zhou Dajin?
Lihat, gerai kedua di sebelah itu.
Kejar!
Zhou Dajin, jangan lari!
Zhou Dajin, jangan lari!
Cepatnya awak lari.
Bawa dia pergi.
Awak Wu Di?
Ya.
Kami dihantar oleh Ketua Qiu untuk
menunggu awak di sini.
Baik.
Awak Li Lizhen?
Li Lizhen.
Ya.
Sebelum awak pulang ke rumah,
apa barang yang awak curi
di rumah Zheng Danian?
Jika awak enggan beritahu kami,
kami memang mempunyai alasan
untuk menahan awak.
Malah awak turut
menjadi suspek dalam kematian Zheng Danian.
Dia benar-benar mati?
Kematiannya tiada kaitan dengan saya.
Jadi, apa yang berkaitan dengan awak?
Zheng Danian ialah lelaki yang miang.
Suatu pagi,
saya mengemas biliknya.
Dia baru bangun.
Encik Zheng.
Akhirnya, dia beri saya 500 yuan
dan menghalau saya seperti
menghalau pelacur.
Jadi kenapa awak tak buat laporan polis
pada masa itu?
Saya takut.
Takut apa?
Saya takut jika suami saya tahu,
saya malu untuk jumpa dengan dia.
Sebelum awak pergi,
awak mengambil sejumlah wang
daripada Zheng Danian, kan?
Dia boleh menghabiskan banyak wang
untuk wanita lain,
dia juga harus memberikan pampasan
kepada saya.
Apa maksud awak?
Zheng Danian ialah seorang samseng
dan seorang lelaki miang.
Dia meniduri ramai wanita
di atas katil itu.
Bagaimana awak tahu?
Saya melihatnya dengan mata saya sendiri.
Mungkin
salah seorang wanita yang membunuhnya.
Kenapa awak lari?
Cakap, apa yang awak buat?
Kamu dah lihat pun semua yang saya buat.
Saya tak ada apa-apa nak cakap lagi.
Asyik tanya soalan yang sama saja.
Kenapa awak membunuh Zheng Danian?
Jika wanita awak ditiduri,
saya rasa awak juga akan buat begitu.
Melainkan awak bukan lelaki sejati.
Beritahu saya luka pada muka awak.
Bagaimana ia terjadi?
Lelaki semuanya jahat.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Selepas dia tahu saya
ditiduri oleh Zheng Danian,
dia membenci saya.
Bagaimana dia tahu?
Dia mahu
bersetubuh dengan saya
tetapi saya enggan.
Kemudian dia mengesyaki saya.
Dia seterusnya mendapati luka
pada badan saya
dan terus memaksa saya
sehingga saya terpaksa beritahu dia.
Selepas itu, bukan nak tenangkan saya,
dia hina saya wanita keji,
malah cakap mesti membunuh Zheng Danian.
Awak lihat sendiri.
Tuhan ada mata.
Ini balasan.
Padan muka dia.
Namun sayangnya.
Apa yang sayangnya?
Sayang sekali,
bukan saya yang bunuh dia.
Maksud awak,
Zheng Danian bukan awak yang bunuh?
Sesiapa pun sama.
Pendek kata, orang ini patut mati.
Kemudian,
adakah Zheng Danian terus menghina awak...
Ini kerana saya mahu terus bekerja
di rumahnya.
Puan sangat baik.
Gaji juga agak tinggi.
Idea siapa untuk mencuri
peti keselamatan Zheng Danian?
Saya.
Apabila kami membuka peti keselamatan,
terdapat 20,000 yuan saja.
Saya ambil kepada suami saya.
Dia masih tidak puas hati.
Dia pukul saya selepas balik rumah.
Lihatlah dia memukul saya.
Dia juga cakap saya menjual diri
dengan murah.
Zhou Dajin.
Jangan nafikan lagi.
Ini tidak memanfaatkan awak.
Saya beritahu awak,
awak mempunyai motif dan masa
untuk melakukan jenayah.
Awak cepat terangkan.
Betul awak cakap, tapi separuh saja.
Saya teringin nak bunuh dia
tapi memang bukan saya yang bunuh dia.
Zhou Dajin, dengar sini.
Jangan berputar belit dengan saya lagi.
Ini tidak memanfaatkan awak.
Saya beritahu awak, pegawai.
Saya memang tak bunuh dia.
Saya tidak peduli dan tidak mahu peduli
siapa yang bunuh dia.
Itu hal kamu.
Namun, saya boleh nampak
pembunuh ini lebih pandai
menggunakan pisau daripada saya.
Dia seorang pakar.
Apa maksud awak?
Walaupun saya hanya seorang
penyembelih khinzir
dan hanya tahu memegang pisau besar,
saya dapat melihat pembunuh ini
lebih pandai menggunakan pisau kecil
daripada saya.
Guna pisau yang begitu kecil,
potong macam ini.
Pisau kecil?
Pisau seni, pisau bedah.
Saya rasa mereka berdua bukan pembunuh.
Tiada bukti dan motif yang mencukupi.
Wu Di.
Esok pagi
awak pergi cari
bekas isteri Zheng Danian, Xie Yu
dan mencari petunjuk lagi.
Baik.
Du Peng.
Awak mesti cari Zhao Shouku
secepat mungkin.
Saya rasa orang ini masih ada masalah.
Jika tidak, dia takkan hilang.
Baiklah, saya faham.
Dia terus tertidur begitu saja.
Dia tersenyum sendiri selepas bangun.
Jangan risau, dia akan sembuh.
Harap-harap.
Baoyan, nakal lagi.
Main-main dengan gincu pada muka, kan?
Kalau awak main-main dengan gincu lagi,
kakak tidak akan suka awak lagi.
Helo, siapa awak?
Dr. Gao?
Tunggu sebentar.
Kenapa awak lagi?
Apa yang awak nak buat sebenarnya?
Cakap dengan jujur.
Saya...
Polis dah sasarkan saya.
Saya memerlukan 10 juta yuan
untuk melarikan diri.
Baik.
Di mana?
Esok pagi.
Tempat yang sama.
Baik.
Masa terlalu singkat.
Tidak mudah untuk mendapatkan
begitu banyak wang.
Beginilah.
Ikut saya ke restoran kawan saya
untuk mendapatkan wang.
Selamat jalan.
Terima kasih.
Helo, Ketua Qiu, ini saya.
Bagaimana keadaan awak?
Begini.
Forensik telah menelefon saya pagi tadi.
Katanya laporan ujian rambut
yang saya temui
di rumah si mati, Zheng Danian dah keluar.
DNA dia dan ketulan mayat sepadan.
Ia boleh membuktikan bahawa
si mati ialah Zheng Danian.
Adakah terdapat petunjuk lain?
Selain itu,
mereka juga memeriksa rambut yang disyaki
milik lebih daripada seorang wanita.
Oh ya, Ketua Qiu.
Saya dapatkan maklumat daripada
bekas isteri si mati, Xie Yu
bahawa kehidupan Zheng Danian
memang tidak senonoh.
Baiklah, awak segera kembali ke biro.
Baik, saya balik sekarang.
Encik, selamat datang.
Maaf kerana lewat.
Tak apa.
Kenapa? Walaupun hari ini hari Ahad,
Pegawai Du masih begitu sibuk.
Tidak sibuk.
Saya mula menyiasat penjenayah
sejak bangun awal pagi.
Awak dah tangkap dia?
Sudah tentu tidak.
Saya takkan duduk di sini
jika telah tangkap.
Namun, saya percaya
ia akan berlaku lambat-laun.
Kami akan menangkap
penjenayah tak lama lagi.
Pegawai Du memang hebat.
Bertindak dengan begitu cekap.
Terima kasih atas pujian.
Awak suka minum
kopi Jamaica Blue Mountain?
Ini kegemaran saya.
Oh ya.
Saya ajak Pegawai Du datang ke sini
hari ini kerana saya ingin meminta bantuan.
Cakap, apa hal?
Begini.
[Kedai Kopi Dior]
Seorang rakan lama saya telah pergi ke
luar negara selama bertahun-tahun
dan telah mendapat kad hijau Amerika.
Kali ini dia pulang ke negara,
ingin memohon kad pengenalan baru
dan pendaftaran isi rumah.
Dia tanya saya bagaimana,
saya tiba-tiba teringat awak.
Bolehkah Pegawai Du membantu?
Hanya perkara ini?
Bolehkah Pegawai Du membantu?
Tentulah.
Sangat sudi berkhidmat untuk
gadis tercantik sekolah kita.
Walaupun perkara ini bukan di bawah
pasukan penyiasatan jenayah kami,
saya ada kawan yang boleh membantu awak.
Jadi tiada masalah.
Jadi, saya telah jumpa orang yang betul.
Sama-sama. Saya yang wajib tolong.
Oh ya, nak pesan apa?
Pelayan.
Tolong!
Pegawai Du,
bagaimana perkembangan kes kamu itu?
Agak sukar juga,
tapi
petunjuk dah mula muncul
sedikit demi sedikit.
Saya rasa suspek itu
kemungkinan besar rakan sejawatan awak.
Mari.
Terima kasih.
Saya bergurau saja.
Maaf, saya tersedak.
Maaf.
Helo.
Apa?
Macam mana dia mati?
Baik,
saya akan datang segera.
Maaf, saya perlu pergi.
Mereka tak cekap.
Beginilah,
lain kali biar saya belanja awak.
Saya pergi dulu.
Jangan risau,
saya akan uruskan hal kawan awak itu.
Terima kasih.
Macam mana dengan siasatan
di tempat kejadian?
Adakah itu kes bunuh atau bunuh diri?
Awak ini berhati-hati.
Kenapa? Apa maksudnya?
Apa maksudnya?
Awak tak faham maksudnya?
Ketua Qiu.
Saya suruh awak cari Zhao Shouku,
awak dah cari betul-betul atau belum?
Sekarang dia dah mati,
nak buat macam mana lagi?
Saya...
Beritahu saya, ke mana awak pergi?
Pergi dari sini. Berambus!
Ketua Qiu.
Dahlah!
Du Peng!
Biar dia pergi!
Wu Di!
Pergi cepat ke sana dan
halang si gemuk itu, cepat!
Adakah adik ipar saya ditimpa masalah?
Macam mana awak tahu? Cakap!
Kalau dia tak ditimpa masalah,
kamu takkan datang cari saya.
Kalau begitu, cepat beritahu kami!
Cakap!
Saya akan beritahu kamu!
Dia itu lambat-laun
memang akan ditimpa masalah.
Beberapa hari lepas,
dia datang jumpa saya.
Katanya ada peluang yang cepat jadi kaya.
Dia tanya saya sama ada
saya nak ikut atau tak.
Saya pun tanya dia itu peluang apa.
Dia cakap saya kena jumpa seseorang.
Orang itu akan bagi dia sejumlah duit.
Apabila saya dengar, saya terus tahu,
ini mesti satu penipuan.
Kalau tak, mana ada orang
sanggup bagi duit begitu saja?
Namun, saya pun fikir,
takkan nak lepaskan peluang itu.
Tiga puluh ribu yuan itu.
Jadi, saya pun tolong dia ambil.
Awak masih ingat tak rupa orang
yang bagi awak duit itu?
Jauh-jauh saja nampak,
mana boleh ingat rupanya?
Awak nak saya tolong awak fikir?
Tak perlu.
Saya dah ingat.
Ingatan saya memang kuat.
Dia jadi abu pun saya tetap kenal.
Kan lebih baik kalau awak
cakap lebih awal tadi? Bangun!
Turunkan tangan!
Awak tengok betul-betul.
Sekiranya awak tak tengok dengan teliti,
berhati-hati, saya takkan berlembut!
Awak masih ingat tak bentuk muka
orang itu?
Bukan... bukan bentuk muka macam ini.
Bukan ini juga.
Matanya nampak macam mana?
Saya tak nampak dengan jelas.
Helo, ya, saya.
Apa?
Puan Wang dah sedar?
Baiklah.
Du Peng!
Wu Di,
awak pergi ke hospital tengok-tengok
dan tanya sikit tentang keadaan Puan Wang.
Ya.
Puan dah datang.
Adakah puan dah rasa lebih sihat?
Boleh tahan.
Puan,
tolonglah balas dendam
untuk anak lelaki saya.
Anak saya memang seorang yang baik.
Dia sangat taat terhadap saya
dan sentiasa mengerjakan perkara baik.
Dia pernah menderma banyak wang
kepada badan-badan kebajikan.
[Sekolah Rendah Menerima
Sumbangan 100 Komputer Baharu]
[Disumbangkan atas Nama Peribadi
oleh Usahawan Terkenal, Zheng Danian]
Saya betul-betul tak faham.
Kenapa orang baik tak dibalas dengan baik?
Jangan risau, puan.
Kami pasti akan tangkap pembunuh itu.
Mak Cik Wang perlu makan ubat sekarang.
Baiklah, puan, tolong berehat
dan jaga kesihatan elok-elok.
Saya pergi dulu.
Terima kasih.
Saya rasa
suspek itu kemungkinan besar
rakan sebidang awak.
Si mati bernama Zheng Danian.
Pemotong, pisau bedah dan sebagainya,
semuanya pisau kecil.
Awak nak pergi ke mana?
[Pejabat Ketua Unit Siasatan Jenayah]
Ketua Qiu.
Wang Qin dah hampir sembuh sepenuhnya.
Kenapa dengan Du Peng?
Dia itu...
Lebih kurang macam ini.
Macam mana matanya?
Matanya...
Mata...
Dia pakai cermin mata.
Dia ada misai tak?
Misai? Tak ada.
Tukar kepada rambut pendek
dan cermin mata berbentuk segi empat.
Dialah orang itu!
Ya, betul, dialah orang itu!
Kenapa awak lagi?
Awak nak buat apa sebenarnya?
Baiklah, saya cakap jujur... saya...
Polis dah memantau saya.
Saya benar-benar perlukan
100 ribu yuan untuk melarikan diri.
Masa terlalu singkat,
susah nak kumpul duit sebanyak itu.
Beginilah,
awak ikut saya ke restoran kawan saya,
kita ambil duit di sana.
Tolong!
Ayuh!
Malam itu saya nampak awak buang sesuatu.
Lebih baik awak sediakan
30 ribu yuan saja.
Kalau awak buat laporan polis,
itu sama saja macam
menyerah diri kepada polis.
Tak apa,
takkan ada orang berani menyakiti awak.
Walaupun saya mati,
saya akan melindungi awak seumur hidup.
Saya yang bunuh Zheng Danian.
Dia seorang samseng.
Ada seorang lagi yang memeras wang saya,
dia pun saya bunuh.
Gao Xiong.
Gao Xiong ialah
tulang belakang hospital kami.
Dah bertahun-tahun dia
melakukan pembedahan patologi.
Jadi, semasa dia bekerja hari ini,
ada tak apa-apa kelakuan yang luar biasa?
Saya dah tanya, sama seperti biasa.
Sangat normal.
Ketua Qiu, ini laporan kematian Gao Xiong.
Keputusannya menunjukkan bahawa dia
mati akibat serangan jantung,
tapi puncanya kerana dia
terlebih dahulu mengambil anestetik SKR.
SKR?
Ini sejenis bahan anestetik
yang sangat khas.
Ia tergolong dalam
ubat kawalan kelas A negara kita
dan biasanya digunakan
dalam pembedahan jantung.
Jika orang yang sihat
menggunakannya dalam dos yang tinggi,
mereka boleh sesak nafas
dalam 6 hingga 7 jam.
Bagi pesakit jantung pula,
ia boleh menyebabkan
serangan jantung dan kematian.
Ubat ini tak dijual dalam pasaran luar.
Maksudnya,
kematian dia sama seperti
kematian Zhao Shouku.
Dengan kata lain,
kedua-duanya dibunuh oleh orang yang sama.
Oh ya, Ketua Qiu.
Sebelum ini,
semasa saya datang ke hospital,
saya nampak
Gao Xiong dan seorang doktor perempuan
yang cantik macam sedang bertengkar.
Bertengkar?
Biasanya, di hospital,
Gao Xiong paling rapat
dengan doktor perempuan yang mana?
Dia paling rapat dengan Dr. Su.
Mereka sedang bercinta.
Dengar khabar,
mereka akan berkahwin pada bulan depan.
Su Meiyan?
Ya.
Ketua Qiu.
Tadi saya pergi ke rumah Su Meiyan,
tapi dia tak ada di rumah.
Saya nampak adik perempuannya.
Adiknya, Su Baoyan
nampak macam terganggu emosi.
Dia asyik menyebut nama Zheng Danian.
Cepat, ikut saya!
Tengok.
Baoyan memang cantik.
Mari, biar kakak menyikat rambut awak.
Baoyan.
Baoyan.
Adik baik, mari.
Dengar cakap kakak.
Mari.
Minumlah.
Apa lagi yang kamu tak faham?
Kenapa awak membunuh Zheng Danian?
Saya tak membunuh Zheng Danian.
Tolong... lepaskan saya!
Lepaskan saya!
Baoyan... Yan...
Yan... Yan rasa macam mana?
Yan!
Masa itu dia terus jadi gila.
Saya boleh buat apa?
Dia baru berusia 21 tahun.
Saya boleh buat apa?
Saya pergi buat laporan polis.
Buat... buat panggilan.
Tak.
Kalau begitu, masa depannya akan musnah.
Saya tak boleh pergi.
Saya hanya mampu gunakan
segala yang saya ada
sebagai kakak untuk melindungi dia.
Jadi, awak pun terfikir tentang Gao Xiong.
Awak mempergunakan
perasaan cintanya terhadap awak
untuk membantu awak menyelesaikan masalah.
Gao Xiong!
Cepat datang, cepat...
Saya percaya Gao Xiong buat semua itu
semata-mata kerana dia cinta akan awak.
Namun, bukankah cara awak buat ini agak...
Awak nak kata saya terlalu keji?
Antara saya dengan Gao Xiong,
itu cinta yang tulus.
Cuma saya tak sangka,
apa yang dia sanggup buat untuk saya jauh
lebih daripada apa yang saya harapkan.
Sebenarnya pertengkaran
antara kamu itu pasal apa?
Zhao Shouku
berulang kali mengugut Gao Xiong.
Dalam keadaan terdesak,
Gao Xiong terpaksa membunuhnya.
Selepas itu,
dia hidup dalam ketakutan setiap hari,
sentiasa gelisah dan tak tenang.
Akhirnya,
Gao Xiong
tak mampu menanggungnya lagi.
Meiyan,
mari kita lari.
Cepatlah lari.
Kita bawa sekali Baoyan, boleh tak?
Nak lari ke mana?
Mana yang paling selamat?
Janganlah rasa resah lagi, boleh tak?
Perkara lepas itu dah berlalu.
Dia nampak saya buang mayat itu.
Dua hari lepas, dia menghubungi saya
dan minta 30 ribu yuan.
Saya takut awak risau,
jadi saya tak berani beritahu awak.
Dia janji akan simpan rahsia itu.
Namun, semalam dia menghubungi saya lagi.
Katanya polis dah mengesyaki dia
dan dia minta 100 ribu yuan
untuk melarikan diri.
Orang itu memang tak guna.
Dia tak nak kita hidup dengan tenang.
Meiyan,
kali ini saya...
Saya benar-benar membunuh orang.
Saya telah memberinya SKR.
Kenapa...
Meiyan, saya tahu.
Saya tahu saya terlalu impulsif.
Saya terlalu impulsif!
Namun, dia tak pernah puas.
Sekarang kita patut buat apa?
Sekarang kita patut buat apa?
Meiyan.
Kenapa ini terjadi?
Meiyan, dengar cakap saya.
Jangan risau,
takkan ada orang berani menyakiti awak.
Walaupun saya mati,
saya akan melindungi awak seumur hidup.
Jangan cakap begitu.
Awak takkan ditimpa masalah.
Saya juga takkan ditimpa masalah.
Kita semua takkan ditimpa masalah!
Tak apa.
Pernahkah awak mencintai dia sebelum ini?
Selepas ibu bapa saya meninggal dunia,
di dunia ini
hanya tinggal Gao Xiong seorang...
Hanya dia yang menjaga saya dan adik saya.
Dia seperti rama-rama
yang terbang menuju api.
Cinta saya terhadapnya
Hanya dapat saya balas
dalam kehidupan yang seterusnya.
Adakah awak menyesal dengan
apa yang awak buat?
Saya memang tak sangka
Saya cuma nak melindungi adik saya.
Namun, orang yang akhirnya
mencederakan dia ialah saya sendiri.
Orang yang memusnahkan Gao Xiong pun saya.
Saya tak mahu buat semua ini.
Saya salah.
Adik,
saya tak nak tinggalkan
awak seorang di dunia ini.
Namun, kakak salah, maafkan saya.
Maafkan saya.
Sekiranya awak melaporkan keadaan ini
kepada kami dengan segera,
takkan ada pengakhiran sekarang.
Saya juga mahu begini.
Du Peng.
Saya hanya boleh minta maaf
atas segala yang telah saya
lakukan terhadap awak.
Kita rakan sekelas dulu,
saya ada satu permintaan kecil.
Saya minta tolong awak.
Tolonglah kuburkan saya bersama
adik saya dan Gao Xiong.
Dengan cara itu,
kami boleh bersama di dunia lain.
Saya pun boleh...
Boleh membalas jasanya.
Saya pun boleh...
Boleh menebus...
Menebus kesalahan saya terhadap mereka...
Menebus kesalahan saya terhadap mereka...
[Selepas usaha menyelamat, adik-beradik Su Meiyan berjaya diselamatkan. Su Meiyan telah
menerima hukuman undang-undang manakala Su Baoyan dihantar ke rumah kebajikan untuk dijaga.]
[Wayang ini mengajar kita bahawa apabila menghadapi masalah, kita mesti menyelesaikannya
melalui undang-undang. Jangan bertindak sesuka hati, nanti makin tenggelam dalam masalah.]
[Wayang ini didedikasikan untuk
memberi penghormatan kepada anggota polis]